Apa itu SEO? Bagaimana artikel SEO dapat melariskan jualan?

Apa itu SEO?

SEO ialah singkatan kepada istilah Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization). Ia satu mekanisme untuk memastikan info perniagaan (produk atau servis) pada mana-mana laman web, blog atau laman edagang (ecommerce) dipaparkan pada muka utama (muka satu, dua atau tiga) enjin carian seperti Google, Bing dan sebagainya. 

Ini penting supaya info produk dan servis anda mudah, cepat dan kerap ditemui di Internet, terutama di Google. Dengan ini, ia menghasilkan jualan lebih tinggi.

Istilah ini masih baharu bagi sesetengah orang. Namun, SEO sudah terbukti sangat berkesan untuk melariskan jualan tanpa kos pengiklanan berulang.

Teruskan bacaan untuk lebih tahu dan lebih faham.

Apakah artikel SEO

Artikel SEO pula ialah sejenis mekanisme penulisan teks pada sistem laman web, blog atau laman edagang bertujuan “menggoda, memujuk dan menakluk hati” enjin carian (search engine) seperti Google dan Bing.

Ini supaya Google dan enjin carian lain sentiasa memaparkan info perniagaan seperti produk atau servis yang ada pada sesebuah laman web di muka utama enjin carian berkenaan, terutama pada muka satu, dua dan tiga bagi katakunci tertentu. 

Kedudukan sesebuah laman web pada muka utama enjin carian adalah sangat penting kerana kajian mendapati hampir semua pengguna yang mencari info dan penyelesaian di Internet, hanya melihat carian pada muka satu, dua dan tiga.

Trafik organik

Dalam erti kata mudah difahami, teknik SEO mampu menarik dan membawa ramai pelawat dke sesebuah laman web, blo atau laman edagang (ecoomerrce). 

Dalam pemahaman teknik SEO, ini kita panggil sebagai “trafik organik” bagi sesebuah laman web, blo atau laman edagang.

Pelawat yang datang ke sesebuah laman web, blo atau laman edagang  itu pula, mengikut penilaian teknik SEO, terbahagi dua, iaitu pelawat dari sudut kuantiti dan kualiti.

Kualiti pelawat web

Dalam istilah SEO, bukn sahaja kuantiti trafik atau pelawat ke alamat web atau blog atau edagang yang peting, malah ualtii pelawat juga lebih penting.

[do_widget id=woocommerce_products-4]

Ini bermaksud pelwat yang kemungkinan tinggi membuat belian di laman web anda tentu lebih berlkualiti berbanding pelawat yang sekadar “menjenguk untuk melihat-lihat” di laman anda.

Bagi menentukan elawat yang hadir di laman web, blo atau laman edagang  adalah pelawat yang berkualiti yang mempunyai kecendeurngan tinggi mermbuat belian di laman berkaan, teknik SEO yang unik adalah sangat perlu.

Apa itu katakunci?

Katakunci dalam maksud SEO ialah apa sahaja istilah atau frasa atau gabungan beberapa perkataan yang dimasukkan ken dalam sesebuah konten atau artikel.

Pemasukan katakunci di dalam konten dan artikel berkenaan lebih bertujuan “menarik perhatian” dan “meningkatkan kesedaran” enjin carian terhadap katakunci itu.

Apabila ini berlaku, carian berkenaan akan menyenaraikan web, blog atau laman edagang terbabit pada muka utama ennin carian terbabit.

Biasanya, katakunci diperolehi berdasarkan sesuaut topik atau niche dengan cara melakukan proses penyelidikan katakunci (keyword research).

Kerja penyelidikan katakunci ini lazimnya dilakukan oleh mereka yang arif dalam bidang SEO. 

Ini kerana setiap katkunci perlu membabitkan gabungan beberapa istilah yang tepat dengan mengambil kira jumlah carian oleh orang ramai di Internet terhadap katakunci itu.

Malah, mereka yang arif menfgenai SEO turut mengambil kira aspek persaingan katakunci (keyword competition) dengan melakukan analisis kompetitif katakunci (competitive keyword analysis) serta melihat aspek kepadatan katakunci (keyword density).

Sebenarnya ada beberapa tools dan perisian khas di Internetn dapat dapat digunakan untuk tujuan ini, tetapi hampir semua perlu dibayar pada kos yang agak tinggi.

Mengapa katakunci SEO penting? 

Apabila anda mengoptimumkan kandungan anda dengan kata-kata dan frasa yang dicari orang, laman web anda boleh mendapat kedudukan yang lebih tinggi untuk istilah tersebut.

Oleh itu, apabila orang mencari kata kunci atau frasa itu di Google atau mesin carian lain, mereka harus mencari halaman tersebut di laman web anda. Katakan anda mempunyai laman web mengenai piano: anda menjual pelbagai jenis dan piano. 

Anda menulis blog tentang apa yang harus dilihat semasa membeli piano dan anda berkongsi ulasan mengenai piano yang anda tawarkan di kedai dalam talian anda. Anda menjual piano digital sehingga anda telah membuat halaman kategori produk mengenai piano digital.

Oleh itu, ketika bercakap mengenai kata kunci, banyak kali kita bermaksud frasa dan bukannya hanya satu perkataan.

Mengapa artikel SEO penting untuk perniagaan anda?

SEO membantu perniagaan untuk mencari pelanggan baru dan mempromosikan jenama mereka di halaman teratas enjin carian yang memudahkan pengguna mencari jenama anda.

Dengan cara ini, info perniagaan, produk atau servis bagi mana-mana entiti akan mudah, kerap dan cepat ditemui oleh prospek atau kumpulan sasaran di Internet, terutama di enjin carian ketika mereka membuat carian di Internet berdasakrna katakuci tertentu.

Mereka yang mencari di angina carian seperti Google adlaah mempunyai kecenderungan (intention) untuk mebli yang snsgat tinggi. Sebahagian 

Ini berbeza dengan iklan biasa di media cetak, media penyiaran atau media sosial. Iklan yang lalu di depan mata mereka hanya kebetulan lalu di situ sedang mereka tidak mempunyai minat atau kencderungan untuk membeli ketika itu.

Sebab inilah SEO dn artikel SEO terbukti sangat penting dan amat membantu melariskan jualan. Ini sekali gus membantu kejayaan sesebuah perniagaan.