Kami

Kami | Siapa

Kami terdiri daripada sekumpulan personel dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penulisan dan editorial, kewartawanan, penterjemahan, penerbitan, undang-undang penerbitan, advertorial dan pengiklanan, percetakan, teknologi web dan teknologi Internet, termasuk di Media Prima Berhad (dahulu The New Straits Times Press (M) Berhad), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Kami bekerja sebagai satu pasukan yang padu, malah sentiasa mementingkan hasil kerja terbaik. Tiada kompromi!

Prinsip | Asas perniagaan kami

Prinsip asas perniagaan kami ialah Kualiti, Mudah dan Murah.
Dasar kami ialah menjaga kerahsiaan pelanggan. Semua maklumat pelanggan dan perincian tempahan tidak akan didedahkan kepada pihak lain, kecuali untuk tujuan pemasaran dengan tidak mendedahkan info serta identiti pelanggan sama sekali.

Teraju | Editor

Baca di sini.