Kami
Pengalaman lebih 30 tahun dalam
penulisan, kewartawanan,
editorial, percetakan
dan penerbitan





Kami
Kami menulis untuk akhbar perdana dan majalah. Kini kami menulis untuk media online, termasuk artikel SEO untuk laman web, blog, laman sosial, landing page dan salespage.

Lebih 30 Tahun
Pengalaman Penulisan
Kami terdiri daripada sekumpulan personel dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penulisan, penterjemahan, kewartawanan, editorial, percetakan, penerbitan (media cetak dan media online) serta undang-undang penerbitan, termasuk di Media Prima Berhad (dahulu The New Straits Times Press (M) Berhad), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Antara media yang kami pernah berkhidmat atau menulis ialah akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, Watan, Mingguan Tanahair serta majalah Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik dan Dewan Siswa.
Pasukan kerja kami juga telah menulis beratus artikel SEO untuk pelbagai media online, termasuk laman web, blog, landing page dan salespage. Lihat contoh di sini.
Pasukan kerja kami juga berpengalaman dalam advertorial dan pengiklanan, percetakan, teknologi web serta teknologi Internet.
Kami bekerja sebagai satu pasukan yang padu, malah sentiasa mementingkan hasil kerja terbaik. Tiada kompromi!

Pengalaman
Sejak 1983
Lebih 30 tahun sejak 1983, kami kutip pengalaman penulisan, penterjemahan, kewartawanan, editorial, percetakan, penerbitan (media cetak dan media online) serta undang-undang penerbitan sepanjang berkhidmat di organisasi ini.





30+
Tahun | Pengalaman
Fokus
SEO: kepakaran Kami
Kepakaran dan fokus kami ialah menghasilkan konten (content) SEO bagi laman web, blog atau laman edagang (ecommerce) yang mesra enjin carian.
Ini supaya produk dan servis anda mudah serta sentiasa ditemui di enjin carian (search engine) seperti Google dan lain-lain menerusi artikel di laman web atau blog serta laman sosial menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian).
Kami gabungkan kreativiti (kemahiran menulis artikel) dan teknikal (kepakaran teknik SEO) untuk “menggoda” dan “memujuk”, sekali gus menguasai teknologi enjin carian, termasuk Google dan Bing.
Dengan cara ini, produk dan servis anda sentiasa mudah dan cepat serta kerap ditemui pengguna / bakal pembeli / prospek / kumpulan sasaran di Internet.

Rekod
Hasil Penulisan
Sejak 1989 hingga kini
300+
Artikel Umum
300+
Artikel SEO
3000+
Berita
30+
Tahun | Pengalaman

Prinsip
Asas perniagaan kami
Prinsip asas perniagaan kami ialah Kualiti, Mudah dan Murah.
Dasar kami ialah menjaga kerahsiaan pelanggan. Semua maklumat pelanggan dan perincian tempahan tidak akan didedahkan kepada pihak lain, kecuali untuk tujuan pemasaran dengan tidak mendedahkan info serta identiti pelanggan sama sekali.

Servis
Apa servis yang kami tawarkan?
Servis kami terbaik untuk anda. Kami gunakan teknik unik supaya perniagaan anda mudah dan sentiasa ditemui di Internet