Teraju | Editor

Apabila menulis menjadi
makanan ruji…

tuliis.com, tuliis, tulis artikel
NSTP, 1991
Tahun | Pengalaman

Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (1989) dan Diploma Penterjemahan Am, Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (1999) serta Sijil Kewartawanan, The New Straits Times Press (M) Berhad (1991). 

Wartawan akhbar harian

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penulisan, penterjemahan, kewartawanan, editorial, percetakan, penerbitan (media cetak dan media online) serta undang-undang penerbitan sebagai wartawan dan editor.

Berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian Sdn Bhd (Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad / kini Media Prima Berhad) (1990 – 1999) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (1990 – 1991) serta Editor Penyelaras di Creative Enterprise Sdn Bhd (1989 – 1990).

Sepanjang bertugas sebagai wartawan di akhbar Berita Harian di ibupejabat di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur, beliau berpeluang berkhidmat di Meja Bisnes (Business Desk), Meja Am dan Politik (General News Desk), Meja Jenayah dan Mahkamah (Court and Crime Desk) serta Meja Rencana dan Laporan Khas (Special Report and Feature Desk).

Pernah dilantik sebagai “District Correspondent” mengetuai operasi dan laporan berita di pejabat Berita Harian Cawangan Sungai Petani, Kedah meliputi kawasan Sungai Petani (ketika itu Kuala Muda), Gurun, Yan, Jerai, Merbuk, Guar Chempedak, Jeniri, Sik, Kuala Ketil, Baling, Sidam dan Kulim Bandar Baru.

Berita Harian
Pengalaman

Sejak 1983

Lebih 30 tahun sejak 1983, berpengalaman dalam bidang penulisan, penterjemahan, kewartawanan, editorial, percetakan, penerbitan (media cetak dan media online) serta undang-undang penerbitan sepanjang berkhidmat dan menulis untuk organisasi ini.

Berita Harian Sdn Bhd
tuliis, tulis artikel, upah tulis artikel
The New Straits Times Press (M) Berhad
tuliis.com, tuliis, tulis artikel
Dewan Bahasa dan Pustaka
tuliis.com, tuliis, tulis artikel, upah tulis artikel, artikel seo
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
tulis artikel, bina web, seo, ini, inidotmy, web, website, bina web, tulis artikel, artikel seo, video animasi, sosial media, socmed, artikel
Creative Entrerprise Sdn Bhd

Khidmat editorial (editorial services)

Menamatkan perkhidmatan dengan Berita Harian Sdn Bhd pada 1999 untuk menumpukan kepada perniagaan sendiri menerusi syarikat Ideamas Editorial Services (Ideamas).

Syarikat yang diasaskannya ini membabitkan bidang perkhidmatan editorial (editorial services), rekabentuk grafik dan web (web & graphic design) serta percetakan.

Pelanggan utama ialah sektor awam dan swasta seperti syarikat perhubungan awam, universiti serta syarikat penerbitan tempatan dan luar negara.

Penulis buku dan majalah

Menjadi penulis bersama buku “Allah Tempat Meminta” terbitan MMR Creative Sdn Bhd dan “Cerita Dari Hati” terbitan Alaf 21, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Masih menulis untuk penerbitan online dan buku serta majalah bercetak, termasuk terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik dan Dewan Siswa.

Artikel SEO

Beliau juga banyak menulis artikel SEO (Optimasi Enjin Carian / Search Engine Optimization) untuk pelbagai klien membabitkan pelbagai niche.

Pengalaman lama dalam bidang penulisan dan kewartawanan menjadikannya bukan sahaja mampu menulis menggunakan gaya bahasa pelbagai (versatile), malah meliputi apa juga topik dan niche.

Berkerjaya sebagai usahawan Internet sepenuh masa sejak era awal Internet di Malaysia, iaitu sekitar 1999, kini kekal sebagai usahawan Internet sepenuh masa.

Dewan Ekonomi
Dewan Masyarakat
Dewan Masyarakat
Berita Harian
Berita Harian
tuliis.com, tuliis, tulis artikel
Berita Harian
Berita Harian
Watan
Berita Harian
Dewan Masyarakat
Dewan Budaya
Dewan Kosmik
Berita Harian
Berita Harian
Dewan Kosmik
Dewan Bahasa
Pelita Bahasa
Dewan Bahasa
Servis

Apa servis yang kami tawarkan?

Servis kami terbaik untuk anda. Kami gunakan teknik unik supaya perniagaan anda mudah dan sentiasa ditemui di Internet