Mengapa kami?

Ada banyak sebab…

Mengapa patut Pilih Kami?

Ada banyak sebab mengapa patut pilih kami untuk keperluan strategi pemasaran online anda, terutama menggunakan pemasaran kandungan atau pemasaran artikel (content marketing / article marketing) atau teknik Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization – SEO).

Berikut sebahagian daripadanya.

Pengalaman: Seusia dengan SEO

Kami berpengalaman tulis artikel SEO sejak adanya SEO itu sendiri. Usia kerjaya SEO kami sebaya dengan sejarah kewujudan SEO; tidak lebih tua, tidak juga lebih muda.

Daripada zaman “SEO congkang-congkit” hingga zaman “SEO cerdik” sekarang, kami sudah banyak tulis artikel SEO membabitkan pelbagai niche. 

Untuk lihat contoh artikel yang kami sudah tulis untuk pelanggan, klik di sini.

Kami guna teknik unik dan terkini SEO

Kami gunakan teknik unik dan terkini SEO supaya perniagaan anda mudah dan sentiasa ditemui di Internet.


Kepakaran dan fokus kami ialah menghasilkan konten (content) SEO bagi laman web, blog atau laman edagang (ecommerce) yang mesra enjin carian.

Kami gabungkan kreativiti (kemahiran menulis artikel) dan teknikal (kepakaran teknik SEO) untuk “menarik perhatian” dan “memujuk” sekali gus menguasai teknologi enjin carian, terutama Google dan Bing.

Teknik ini menjadikan perniagaan anda bukan sekadar wujud, tetapi sentiasa ditemui orang ramai dan prospek di Internet secara lebih cepat dan mudah tanpa perlu kos pengiklanan berulang.

Tak bergantung bulat-bulat kepada AI

Kami percaya penulisan oleh manusia (human intelligence writing) jauh lebih baik, lebih tepat dan lebih berkesan berbanding penulisan oleh AI (AI writing).

Kelebihan kami ialah kami tidak membenarkan AI menulis untuk kami. Kami tulis sendiri.

Kajian sedia ada menunjukkan biar bagaimana bijak pun penulisan AI (AI writing), penulisan oleh otak manusia (human intelligence writing) jauh lebih cantik, lebih tepat, lebih kenal khalayak sasaran (target audience), lebih semulajadi dan lebih segalanya.

Kami kenal dan faham dahulu mengenai prospek dan khalayak sasaran (target audience) bagi sesuatu perniagaan, jenama, produk atau servis.

Kemudian, baru kami tulis. 

Kami tulis untuk khalayak (audience), bukan untuk enjin carian (search engine) walaupun yang kami nak pujuk supaya letak di muka depan atau muka utama ialah enjin carian.

Harga tak pro langsung

Ya, kami sediakan servis penulisan profesional, tetapi pada harga yang sangat tidak profesional. Harga kami tidak profesional langsung.

Kami ada cara untuk membolehkan kami menawarkan servis pada harga rendah di pasaran tanpa kompromi dari segi kualiti dan piawai penulisan.

Dan, sebab paling besar mengapa anda patut pilih kami ialah kerana niat asal kami mahu membantu anda pemilik perniagaan, jenama, produk atau servis meraih keberhasilan maksimum serta berkekalan tanpa kos pengiklanan berulang (dengan SEO – hanya sekali bayar).

#seo