Tulis Sales Page

RM50.00RM330.00

Bahasa Melayu

Tujuan utama servis Tulis Sales Page (Surat Jualan) ialah membantu pelanggan meningkatkan trafik / pelawat ke laman sales page (surat jualan) menggunakan teknik khas SEO. Ini akan sekali gus meningkatkan konversi (conversions) atau jualan produk / servis pelanggan tanpa perlu bergantung kepada perbelanjaan pengiklanan yang tinggi dan berulang.

* SEO – Search Engine Optimization

NOTA

  • Check Mark PERCUMA: Khidmat nasihat / konsultasi percuma mengenai strategi pemasaran online dan SEO.
  • Check Mark HARGA PROMOSI: Sekarang harga promosi. Harga boleh dinaikkan pada bila-bila masa tanpa perlu notis.
GUARANTEED SAFE CHECKOUT | Online Banking . Transfer . PayPal
  • Visa Card
  • MasterCard
  • PayPal
  • tuliis.com, tuliis, maybank
SKU: N/A Categories: , , Tag:

Info

Skop kerja

Termasuk:
1. Penyelidikan katakunci (keyword)
2. Penyelidikan info dan fakta
3. Penulisan draf dan struktur SEO
4. Penulisan konten / artikel 
5. Penyuntingan konten / artikel
6. Penyemakan plagiarisme 
7. Pembetulan (revision), jika perlu

Tidak termasuk:
1. Foto, imej, graf dan / atau rekabentuk grafik
2. Liputan media dan temuramah
3. Kerja fotografi.
4. SEO On-Page (meta tags, internal link, external link dll)
5. SEO Off-Page (link building dll)
6. Setting di WordPress dan sebagainya 

Apa itu penulisan SEO untuk Sale Pages?

Sales Page atau Sales Letter… Artikel SEO ialah artikel yang ditulis dan disusun mengikut teknik SEO (Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian). 

Artikel SEO lebih bertujuan meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik ke laman web, ecommerce, blog, salespage dan sebagainya.

Ini dilakukan dengan pelbagai kaedah, termasuklah memasukkan katakunci (keyword) tertentu yang relevan berdasarkan topik artikel.

Dan, pembelian pun berlaku…

Dengan adanya konten / artikel SEO pada satu-satu laman web, ecommerce, blog dan salespage lazimnya akan menyebabkan enjin carian Google, Bing dan sebagainya memilih serta meletakkan laman berkenaan pada muka utama enjin carian.

Ini menyebabkan sesebuah perniagaan, jenama, produk atau servis sentiasa ditemui orang ramai / prospek di Internet / enjin carian secara mudah dan cepat.

Apa yang menarik ialah kerana orang ramai / prospek yang menemui laman web, ecommerce, blog, salespage berkenaan memang membuat carian di Internet / enjin carian dengan kecenderungan untuk membeli.

Sebenarnya mereka ini sudah ada kecenderungan membeli (purchase intention) secara spesifik ketika membuat carian di Internet / enjin carian. Trafik / pelawat seperti inilah sangat diperlukan oleh mana-mana juga perniagaan.

Justeru, kebarangkalian untuk berlaku “pembelian” pada mana-mana laman web, ecommerce, blog, salespage yang dipaparkan di muka utama enjin carian disebabkan adanya artikel SEO pada laman-laman itu adalah sangat tinggi.

Kecenderungan membeli secara spesifik ini tidak wujud atau hampir tidak wujud berbanding ketika seseorang membuka aplikasi atau laman media sosial yang biasa.

Mengapa penulisan SEO untuk Sale Pages penting kepada perniagaan?

Artikel SEO / blog sangat penting untuk sesebuah perniagaan kerana ia mampu membantu dari segi:

Meningkatkan kemunculan di Internet

Meningkatkan kemunculan dan keterlihatan sesebuah laman web, ecommerce, blog atau salespage di Internet atau mukasurat utama enjin carian Google dan Bing.

Menarik pelawat ke laman web

Menarik lebih banyak trafik atau pelawat ke sesebuah laman web, ecommerce, blog atau salespage.

Membina autoriti dan kepercayaan

Membina autoriti dan kepercayaan (trust) orang ramai atau prospek terhadap sesebuah perniagaan, jenama, produk atau servis.

Meningkatkan kredibiliti dan reputasi perniagaan

Meningkatkan kredibiliti dan reputasi sesebuah perniagaan, jenama, produk atau servis pada pandangan orang ramai atau prospek.

Membina dan mengukuhkan sesuatu perniagaan

Membantu membina dan mengukuhkan sesuatu perniagaan, jenama, produk dan servis untuk kekal bertahan lama di pasaran.

Membina imej positif sesebuah perniagaan

Membina imej positif kepada sesebuah perniagaan, jenama, produk atau servis sebagai pakar dan berpengetahuan dalam bidang berkaitan.

Menjimatkan kos perniagaan

Menjimatkan kos dan masa menerusi pelawat atau trafik organik (semulajadi) ke laman web, ecommerce, blog atau salespage organik.

Mengelak kos pengiklanan berulang 

Mengelak kos berulang akibat terpaksa bergantung pada pengiklanan berbayar untuk menarik perhatian prospek dan pelanggan.

Mewujudkan jaringan perniagaan

Mewujudkan jaringan dan perhubungan tahan lama dan kekal lama di antara sesebuah perniagaan, jenama, produk atau servis serta pelanggan dan prospek.

Keunikan

Artikel SEO kami adalah asli, unik dan berkualiti tinggi. Ia ditulis berdasarkan penyelidikan mendalam serta melepasi ujian ciplak (plagiarism).

Artikel SEO kami tidak dihasilkan atau ditulis oleh otak komputer atau Kecerdasan Buatan atau AI (Artificial Intelligence), sebaliknya ia dihasilkan oleh Kecerdasan Otak Manusia (Human Intelligence). 

Dan, penulisan setiap artikel sangat menitikberatkan susunan katakunci (keyword) secara “bersahaja” dengan mengutamakan pemetaan katakunci (keyword mapping) serta semua keperluan SEO terkini.

Pengalaman

Kami berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penulisan.

Ini membolehkan kami menulis semua niche / topik artikel SEO dengan lebih baik, tepat serta berkesan.

Lihat pengalaman penulisan kami di sini.

Niche

Kami tulis artikel SEO untuk semua niche / topik, hatta mengenai kosmik atau cakerawala (serius!).

Pengalaman kami lebih 30 tahun dalam bidang penulisan membabitkan semua genre / topik menjadikan kami mampu menulis semua niche / topik SEO.

Contoh artikel kami boleh dilihat di sini.

Tempoh siap

Tempoh siap bergantung pada jumlah perkataan dan jumlah artikel ditempah serta jumlah susunan kerja (job queue) pada satu-satu masa. 

Bagaimanapun, kami sentiasa sedaya upaya menyiapkan setiap tempahan secepat mungkin.

Tempahan siap segera (Urgent)

Kami sedia menerima “tempahan siap segera” (siap 24 jam atau 48 jam atau sebarang masa yang ditetapkan pelanggan); biasanya untuk kuantiti artikel yang kecil, tetapi ada keperluan segera (urgent).

Pembetulan (Revision)

Tiada had pembetulan selagi konten / artikel berkenaan belum disiarkan atau disiarkan semula di mana-mana web / blog / laman edagang / laman sosial.

Harga

Harga yang dinyatakan pada laman ini adalah untuk skop kerja seperti dinyatakan di atas.

Bayaran

Bayaran amaun penuh perlu dibuat ketika tempahan. Wang bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerja-kerja sudah dimulakan sebaik menerima pengesahan bayaran, termasuklah kerja penyelidikan info, fakta katakunci dan sebagainya.

Kontrak

Tiada sebarang kontrak. Justeru, anda tidak terikat kepada sebarang komitmen atau obligasi.