Tajuk asal artikel ini ialah “Bagaimana artikel SEO menjadikan perniagaan, jenama, produk atau servis yang anda tawarkan, mudah ditemui di Internet?

Namun tidka mengapa. Pokoknya artikel ini mahu membantu anda untuk lebih faham apa itu SEO dan manfaatnya kepada sesuatu perniagaan, jenama, produk atau servis.

Mari kita teruskan.

Apa itu SEO?

SEO ialah singkatan kepada istilah Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization). 

Ia satu mekanisme untuk memastikan info perniagaan (produk atau servis) pada mana-mana laman web, blog atau laman edagang (ecommerce) dipaparkan pada muka utama enjin carian seperti Google, Bing dan sebagainya. 

Ini penting supaya info produk dan servis anda mudah, cepat dan kerap ditemui di Internet, terutama di Google. Dengan ini, ia menghasilkan jualan lebih tinggi.

Istilah ini masih baharu bagi sesetengah orang. Namun, SEO sudah terbukti sangat berkesan untuk melariskan jualan tanpa kos pengiklanan berulang.

Teruskan bacaan untuk lebih tahu dan lebih faham.

Apakah artikel SEO

Artikel SEO pula ialah sejenis mekanisme penulisan teks pada sistem laman web, blog atau laman edagang bertujuan “menggoda, memujuk dan menakluk perhatian” enjin carian (search engine) seperti Google dan Bing.

Ini supaya Google, Bing dan enjin carian lain sentiasa memaparkan info perniagaan seperti produk atau servis yang ada pada sesebuah laman web di muka utama enjin carian berkenaan, terutama pada muka satu, dua dan tiga bagi katakunci tertentu. 

Kedudukan sesebuah laman web pada muka utama enjin carian adalah sangat penting kerana kajian mendapati hampir semua pengguna yang mencari info dan penyelesaian di Internet, hanya melihat carian pada muka satu, dua dan tiga.

Trafik organik

Dalam erti kata mudah difahami, teknik SEO mampu menarik dan membawa ramai pelawat ke sesebuah laman web, blog atau laman edagang (ecommerce). 

Dalam pemahaman teknik SEO, ini kita panggil sebagai “trafik organik” atau pelawat semulajadi bagi sesebuah laman web, blog atau laman edagang.

Ia bukan pelawat yang terhasil dari mana-mana paparan atau pautan iklan, sebaliknya hasil aktiviti carian di Internet oleh orang ramai.

Pelawat yang datang ke sesebuah laman web, blog atau laman edagang itu pula, mengikut penilaian teknik SEO, terbahagi dua, iaitu pelawat dari sudut kuantiti dan kualiti.

Kualiti pelawat web

Dalam istilah SEO, bukan sahaja kuantiti trafik atau pelawat ke alamat web atau blog atau edagang yang penting, malah kualiti pelawat juga lebih penting.

Ini bermaksud pelawat yang kemungkinan tinggi membuat belian di laman web atau blog anda tentu lebih berkualiti berbanding pelawat yang sekadar “menjenguk untuk melihat-lihat” di laman web atau blog berkenaan.

Bagi menentukan pelawat yang hadir di laman web, blog atau laman edagang  adalah pelawat yang berkualiti yang mempunyai kecenderungan tinggi membuat belian di laman berkenaan, teknik SEO yang unik adalah sangat perlu.

Apa itu katakunci?

Katakunci dalam maksud SEO ialah apa sahaja istilah atau frasa atau gabungan beberapa perkataan yang dimasukkan ke dalam sesebuah konten atau artikel.

Pemasukan katakunci di dalam konten dan artikel berkenaan lebih bertujuan “menarik perhatian” dan “meningkatkan kesedaran” enjin carian terhadap katakunci itu.

Apabila ini berlaku, carian berkenaan akan menyenaraikan web, blog atau laman edagang terbabit pada muka utama enjin carian terbabit.

Biasanya, katakunci diperoleh berdasarkan sesuatu topik atau niche dengan cara melakukan proses penyelidikan katakunci (keyword research).

Kerja penyelidikan katakunci ini lazimnya dilakukan oleh mereka yang arif dalam bidang SEO. 

Ini kerana setiap katakunci perlu membabitkan gabungan beberapa istilah atau frasa yang tepat dengan mengambil kira jumlah carian oleh orang ramai di Internet terhadap katakunci itu.

Malah, mereka yang arif mengenai SEO turut mengambil kira aspek persaingan katakunci (keyword competition) dengan melakukan analisis kompetitif katakunci (competitive keyword analysis) serta melihat aspek kepadatan katakunci (keyword density).

Sebenarnya ada beberapa tool dan perisian khas di Internet dapat dapat digunakan untuk tujuan ini, tetapi hampir semua perlu dibayar pada kos yang agak tinggi.

Mengapa katakunci SEO penting? 

Apabila anda mengoptimumkan kandungan anda dengan perkataan dan frasa yang dicari ramai orang, laman web anda berpeluang mendapat kedudukan yang lebih tinggi untuk istilah tersebut.

Oleh itu, apabila orang mencari katakunci atau frasa itu di Google atau mesin carian lain, mereka terus menemui laman web atau b log atau laman ecommerce anda secara cepat dan mudah.

Mengapa artikel SEO penting untuk perniagaan anda?

SEO sangat membantu sesuatu perniagaan, jenama, produk atau servis agar mudah dan cepat serta sentiasa ditemui orang ramai di Internet.

Menerusi SEO, anda sebagai pemilik perniagaan, jenama, produk atau servis dapat menarik perhatian khalayak Internet yang sememangnya mempunyai minat spesifik terhadap apa yang anda tawarkan di pasaran.

Enjin carian dan kecenderungan membeli

Dalam bahasa mudah, mereka yang mencari di Internet mempunyai kecenderungan tinggi untuk membeli produk atau servis yang mereka cari di enjin carian.

Mereka ada “purchase intent” yang tinggi dan khusus berbanding khalayak pengguna media sosial lain atau media cetak.

Ini sangat berbeza berbanding iklan biasa atau iklan tradisional di media cetak, media penyiaran atau media sosial. 

Iklan yang lalu di depan mata mereka hanya kebetulan lalu di situ sedangkan mereka tidak mempunyai minat atau kecenderungan untuk membeli ketika itu.

Sebaliknya, mereka yang membuat carian di enjin carian di Internet sudah tentu mempunyai kecenderungan membeli (purchase intent) yang tinggi serta khusus berbanding khalayak pengguna media sosial lain atau media cetak.

Sebab inilah SEO dan artikel atau konten SEO di laman web, blog, laman ecommerce atau laman jualan (Sales Page) terbukti sangat penting dan amat membantu melariskan jualan. 

Ini sekali gus membantu kejayaan sesebuah perniagaan.

Untuk bacaan seterusnya, sila isi maklumat anda di sini.

Item seiras...