Pakar-pakar pemasaran merumuskan pemasaran menerusi artikel dan Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization – SEO) adalah strategi lebih jimat berbanding menggunakan media sosial lain seperti TikTok, Instagram dan sebagainya.

Ini kerana pemasaran menerusi artikel dan SEO memberikan impak berkekalan untuk jangka panjang bagi sesuatu perniagaan, jenama, produk dan servis.

Pengalaman sendiri

Ambil satu kes mudah pengalaman saya sendiri. 

Artikel-artikel di beberapa laman web saya yang saya hasilkan sendiri lebih lima tahun lalu, malah sesetengahnya lebih 10 tahun lalu, kini masih menghasilkan jualan dan pendapatan kepada saya.

Ini berlaku tanpa saya perlu buat apa-apa, kecuali tulis artikel berkenaan dan optimasikan SEO di dalamnya. Ini saya lakukan sekali sahaja kira-kira lima atau 10 tahun lalu.

Ternyata, hanya tulis artikel dan optimasikan SEO sekali. Ia kekal dan menghasilkan duit hingga hari ini.

Media sosial bagus, tetapi anda perlu kerja banyak kali

Namun, untuk mendapat wang menerusi media sosial seperti TikTok, Instagram dan sebagainya, anda mungkin perlu berjoget dan bersiaran langsung (buat “live”) hampir setiap hari. 

Sekali bersiaran langsung sekali dapat duit. Esok nak dapat duit, anda kena “buat live” lagi, lagi dan lagi. Penat tak?

Namun, pemasaran menerusi artikel SEO tidak begitu. Pemasaran menerusi artikel SEO sangat minimum dari segi masa dan kos.

Mengapa pemasaran artikel lebih bijak?

Hujah berikut meletakkan pemasaran menerusi artikel SEO lebih bijak dan lebih kekal lama berbanding pemasaran menerusi media sosial.

Kos lebih rendah

Pemasaran melalui artikel SEO tidak memerlukan belanja besar berbanding pengiklanan berbayar di media sosial, hatta jika anda buat sendiri. 

Untuk artikel SEO, anda hanya perlu menulis atau mengupah pihak lain menyediakannya serta mengoptimumkan agar mudah ditemui di Internet atau di enjin carian (search engine) Google, Bing dan sebagainya.

Kesan pemasaran menerusi artikel lebih kekal lama

Artikel berkualiti tinggi yang dipadatkan dengan optimasi SEO mampu kekal dalam Internet untuk tempoh lebih lama berbanding pos-pos di media sosial.

Malah, pos-pos di media sosial mungkin sahaja akan “hilang dari pandangan awam” hanya selepas beberapa jam diposkan. 

Sebaliknya, menerusi artikel SEO yang disetkan dan dioptimasikan secara bagus dan betul akan menghasilkan impak besar serta sangat berkesan kepada sesuatu perniagaan, jenama, produk atau servis. 

Ini bermaksud, perniagaan, jenama, produk atau servis yang dipromokan menerusi artikel SEO akan muncul berulang kali setiap hari dan setiap detik di Internet atau di enjin carian Google, Bing dan sebagainya.

Sasaran lebih tepat

Teknik SEO membolehkan anda memilih katakunci (keyword) tepat berkaitan sesuatu perniagaan, jenama, produk atau servis anda. 

Ini bermakna anda dapat menarik perhatian khalayak Internet yang sememangnya mempunyai minat spesifik terhadap apa yang anda tawarkan di pasaran.

Dalam bahasa mudah, mereka yang mencari di Internet mempunyai kecenderungan tinggi untuk membeli produk atau servis yang mereka cari di enjin carian.

Mereka ada “purchase intent” yang tinggi dan khusus berbanding khalayak pengguna media sosial lain.

Untuk bacaan seterusnya, sila isi maklumat anda di sini.

Item seiras...