Di antara penulisan yang dihasilkan oleh manusia (human intelligence writing) dan penulisan yang dihasilkan oleh AI (artificial intelligence), mana lebih bagus?
Kita tak usah berbelit-belit dalam hal ini. Saya nak terus jawab. Jawapannya ialah penulisan manusia lebih bagus.
Mengapa? Baca terus di bawah. Saya akan perincikan satu persatu. Percayalah, anda akan dapat manfaat dari pembacaan ini. Teruskan pembacaan.
Kajian pakar
Setakat ini kajian pakar berkaitan sudah merumuskan bahawa penulisan oleh manusia adalah lebih baik berbanding penulisan oleh AI.
Antara pakar berkenan ialah pakar linguistik dari Universiti South Florida, Matthew Kessler yang menjelaskan hasil kajiannya di dalam “AI vs Human Writing: Experts Fooled Almost 62% of the Time”.
Pakar lain yang memperkatakan ini ialah pakar analisis teks dari agensi RankTracker, Roop Reddy di dalam artikel “AI-Generated vs Human-Written Text: Complete Analysis”.
Seorang lagi ialah pakar dalam bidang pembelajaran mesin dari AutogenAI, Dr James Smithdi dalam artikel blog berjudul “AI vs human writing: Finding the right balance”. Beliau juga ialah pengasas AutogenAI.
Daripada semua pendapat pakar berkenaan, penulisan oleh manusia didapati lebih bagus berbanding penulisan oleh AI kerana beberapa sebab sebagaimana dijelaskan di bawah.
Bahasa manusia lebih deskriptif
Pertama, penulisan manusia mengandungi bahasa yang lebih deskriptif dan figuratif berbanding penulisan AI.
Ini kerana manusia lebih sering bergantung pada unsur metafora untuk menggambarkan pengalaman dan pemahaman mereka.
Ia tentu tidak sama berbanding penulisan AI yang lenggok dan kandungan bahasa lebih literal atau mendatar.
Penulisan manusia lebih fleksibel
Kedua, penulisan oleh manusia lebih fleksibel berbanding penulisan oleh AI.
Ini kerana penulisan manusia lebih banyak membabitkan aktiviti menyemak tulisan mereka dan mengubahnya mengikut kesesuaian konteks serta subjek tulisan.
Hal sedemikian tidak berlaku secara maksimum dalam penulisan oleh AI.
Penulisan manusia lebih bersifat kemanusiaan
Ketiga, penulisan manusia mempunyai lebih banyak kandungan “kemanusiaan” berbanding penulisan oleh AI.
Penulisan oleh manusia lebih mampu membaca emosi serta citarasa kemanusiaan berbanding penulisan oleh AI.
Ini kerana penulisan oleh manusia dapat menyesuaikan nada, gaya serta sudut pandang menepati tujuan penulisan, khalayak sasaran (target audience) dan konteks.
Memahami khalayak sasaran
Dalam konteks penulisan untuk pemasaran dan jualan, termasuklah penulisan SEO, ternyata penulisan oleh manusia jauh lebih memahami dan menepati khalayak sasaran bagi sesuatu perniagaan, jenama, produk atau servis.
Pun begitu, ini tidak bermakna penulisan oleh AI tidak mempunyai kebaikan dan manfaat.
Antaranya, penulisan AI terbukti mempunyai manfaat besar kepada kerja penulisan dari sudut membantu proses kerja penyelidikan bahan, menyusun draf penulisan, penterjemahan dan kerja-kerja Optimasi Enjin Carian (SEO).
Untuk bacaan seterusnya, sila isi maklumat anda di sini.